cinta... apa itu cinta??? adakah cinta itu satu permainan antara dua insan yang bosan? adakah cinta itu hanya satu perkataan yang kita lafazkan apabila kita gembira? bolehkah cinta itu wujud dalam geram, marah dan sedih.....?
cintaku padamu tidak pernah padam. sehingga kini, cintaku padamu tetap ada di hati. setiap kali ku melihat telefonku, membuat apa yang kita selalu lakukan, aku hanya teringatkan kau. aku tidak menafikan bahawa cinta diantara kita sudah tidak sama. tapi, masihkah ada cinta untukku?? masihkah ada sayang untukku? itulah persoalan yang sering berkumandang didalam fikiranku. terus terang ku katakan, harapan untukmu kembali didalam hidupku tetap membara dalam hati yang luka ini.
ku rasa sangat terseksa. walaupun ku masih mencintaimu dan menyayangimu, aku tidak dapat menunjukkan kasih dan sayang itu kepadamu. sering kali ku berbuat begitu, kau hanya akan lebih membenciku. pabila ku melihat kawan baru yang kau ada di dalam "facebook" ku rasa resah. aku rasa kau sudah berubah. kau tidak pernah akan berkawan dengan orang orang yang begitu. tidak pernah sama sekali.
kau berjanji jika ada sayang dan cintamu padaku, kau akan kembali dalam hidupku. tapi pernahkah kau inginkan itu. didalam hatiku, ku tahu kau tidak pernah berfikir untuk kembali. jika kau pernah berfikir untuk kembali, kau tidak akan melakukan apa yang kau lakukan sekarang. kau akan biarkan dirimu jauh dari "buaya=buaya" di luar sana. aku ingin melindungmu dari mereka kerana ku tahu apa yang diinginkan mereka. tapi ku tidak boleh bersuara, kerana inilah jalan hidupmu dan kesalahan ini harus dilakukan dirimu sendiri agar kau mampu sedar dari mimpi mimpi mu ini.
jujur ku katakan, ku masih mencinta, menyayang dan ingin berada di sampingmu. namun kebenarannya, kau tidak akan kembali padaku. betapa bodohnya ku rasa pabila ku sedar. ku disini berharap untuk kita kembali bersatu. dan kau disana, tidak terlintas difikiranmu itu walau sekalipun yang kau ingin kembali. jika kau ingin kembali kau sudah lama kembali. aku ingin melindungimu dari semua bahaya, tapi ku tidak dibenarkan. jika ku tahu apa-apa yang terjadi kepada orang kesayanganku akan ku jadi bingung buat selamanya.
walaupun hampir dua minggu tiada di sampingmu, ku masih merindukan kamu dengan sepenuh jiwa dan ragaku. ku masih mencintai dirimu dengan sepenuh hatiku. hari-hariku sudah tidak sama. semua orang disekellingku merasakan yang sama. namun apa boleh ku buat??? hanya berharap...... semua kekawanku menasihati supaya ku berhenti berharap, ini sahaja balasanku kepada mereka. "kau tidak akan faham mengapa ku tidak ingin melepaskannya. pabila kau menemui seseorang yang kau merasakan itulah orangnya, kau tidak akan lepaskan."
RLGQ, aku mencintai dan menyayangimu buat selama-lamanya. kaulah ilhamku, motivasiku dan syurgaku.
Friday, October 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment